Sunday, 14 December 2014

Tilam Bantal Baby

Salam semua...

Hari ni wa nak berkongsi dengan kawan2 semua macam mana nak buat tilam baby kekabu. DIY ini sebenarnya amat bagus dijadikan hadiah kepada ibu2 pregnant yang sedang menanti kelahiran anak. Kalau pregnant mama larat, projek menjahit ni memang projek yang baik untuk dibuat sepanjang pregnancy. Macam wa, wa lagi puas hati buat sendiri dari beli. Harga satu set tilam kekabu babu dengan dua bantal rata2nya dalam harga RM100 keatas. Mahal wooo...

Bagi sesiapa yang berminat nak buat sendiri, kat bawah ni wa tunjukkan contoh2 yang set bantal baby yang boleh dijadikan inspirasi atau contoh untuk projek korang nanti...


Hihihi segannya nak tunjuk..kat bawah ni antara set tilam dan bantal baby yang wa buat sendiri hihihi... \(>O<)/


Yang ni set bantal wa buat khas untuk anak buah wa hihihi dua bantal kecil baby dengan mini tilam kecil untuk memudahkan mama baringkan dia bila baby terlelap nanti. Wa buat saiz kecil ni dengan kain dua meter dengan satu kilo kekabu.


haa...yang ni wa buat untuk baby wa. wa cuba buat tilam sekali. tilam ni wa buat saiz agak besar sebab mudah untuk wa baring sekali dengan baby masa berpantang nanti hihihi. Untuk hasilkan set tilam baby sebesar ini, kawan2 perlukan 2 kain (4meter each- untuk tilam dan sarung bantal) dan tiga karung kekabu. yang selimut quilt tu wa gunakan kain perca untuk hadapan dengan cover wa gunakan kain sarung bantal untuk dipadankan dengan set ni. Kepada kawan2 yang berminat nak buat quilt, kat bawah ni wa tunjukkan sekali linknya...


Itu sahaja wa nak kongsikan kepada kawan2 buat masa ni...take care and sayang kamoo semua!

No comments:

Post a Comment